Mesyuarat Pengurusan Parlimen Bil. 3/2025 Kementerian Dalam Negeri

October 7, 2025

KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2025 – YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Parlimen Bil. 3/2025 Kementerian Dalam Negeri yang telah berlangsung di Kuala Lumpur selama tiga hari untuk membincangkan persediaan urusan Parlimen dan jawaban kepada pertanyaan-pertanyaan Parlimen yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas (M3P4P15).

Sesi Dewan Rakyat M3P4P15 akan berlangsung selama 35 hari bermula pada 6 Oktober hingga 4 Disember 2025, manakala sesi Dewan Negara pula akan berlangsung selama 12 hari mulai 1 hingga 18 Disember 2025.

Turut hadir bersama, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), YBhg. Datuk Haji Makhzan bin Mahyuddin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), Setiausaha-setiausaha Bahagian, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri.

#KeselamatanTanggungjawabBersama
#MalaysiaMADANI
#KDNMADANI
#AIforKDNKDNforAI
#KementerianDalamNegeri

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help