Mesyuarat MKT UMNO Malaysia Diadakan Di MITC Melaka
MELAKA – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka, pada 17 Mei 2026.
Mesyuarat yang berlangsung pada jam 9.00 malam itu menjadi platform perbincangan dan penyelarasan kepimpinan tertinggi parti berhubung pelbagai perkara melibatkan hal ehwal serta gerak kerja UMNO di peringkat nasional.
Ahli Parlimen Lenggong merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, YB Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah turut hadir dalam mesyuarat berkenaan.
Mesyuarat tersebut dilihat sebagai antara agenda penting parti dalam memperkukuh kesepaduan kepimpinan serta memperkemas perancangan menghadapi perkembangan politik semasa.

