Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian Kementerian Tenaga & Sumber Asli (KeTSA)
Sebagaimana biasa saya mempengerusikan MTPK KeTSA. Dan ini mesyuarat penting bagi membolehkan saya memantau perkembangan projek pembangunan dibawah KeTSA.
Berikutan langkah Kerajaan pada 28 Mei 2021 yang mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula 1 hingga 14 Jun 2021. Semua sektor di bawah tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Dan selaras dengan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) / total lockdown beberapa perkhidmatan di bawah KeTSA telah dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu (essential services) serta dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh tersebut. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut meliputi aktiviti-aktiviti di bawah sektor-sektor berikut:
(i) Pembekalan Elektrik;
(ii) Pengurusan Perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan); dan
(iii) Pengurusan Hidupan Liar dan Kawasan Perlindungan (terhad kepada penguatkuasaan dan aktiviti terpilih).
Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga telah menyediakan portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3. Oleh itu Jabatan/Agensi perlu mengambil perhatian akan kewujudan sistem ini.
Biarpun cabarannya sangat besar, namun saya bersama Timbalan Menteri, KSU, TKSU ( Tenaga ), TKSU ( Sumber Asli ), KP Jabatqn, dan Agensi tetap komited memastikan perancangan KeTSA dijayakan sebagaimana yang ditetapkan. Oleh kerana itulah saya sentiasa mengharapkan semua yang diberikan tanggungjawab agar dapat membelanjakan peruntukan dengan lebih agresif lagi bagi meningkatkan prestasi perbelanjaan pembangunan Kementerian mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Namun pematuhan kepada peraturan tetap keutamaan saya.
Penting dan menjadi keutamaan saya sentiasa mengingatkan Pegawai dan kakitangan di Kementerian dan jabatan agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Menteri Tenaga & Sumber Asli
#SayangiLenggong #teamDSAN #geopark #lenggong #gerik #KeTSA