Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Di Menara Dato’ Onn
PERKUKUHKAN KEKUATAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL
Rakyat akan menghormati dan menyokong UMNO, jika kita kuat.
Namun untuk membolehkan UMNO punyai kekuatan ianya bergantung kepada pimpinan dan ahli UMNO sendiri. Oleh itu kitalah yang bertanggungjawab membina kekuatan UMNO BARISAN NASIONAL.
Keputusan PRU14 telah memberikan pengalaman dan pengajaran yang besar kepada UMNO dan komponen parti dalam BARISAN NASIONAL.
Kita mesti ambil iktibar dari semuanya dan jangan kita ulangi lagi kesilapan kita. Kita mesti letakkan parti kita pada kedudukan yang kukuh dalam PRU15 nanti.
Justeru, mari kita bersedia dan meperkukuhkan kekuatan.
Jaga perpaduan sesama kita. Kukuhkan kekuatan sehingga ke akar umbi. Pastikan UMNO BN dihati rakyat. Percaya lah jika kita bersama rakyat, rakyat akan menyokong kita.