Mesyuarat Lembaga Tabung Amanah Warisan Polis

October 4, 2023

Hari ini di Bukit Aman Kuala Lumpur, 4 Oktober 2023 , saya mempengerusikan Mesyuarat LEMBAGA TABUNG AMANAH WARISAN POLIS (TAWP).

Sebelum memulakan mesyuarat, bagi pihak Lembaga Pengurus Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) saya menyerahkan surat lantikan kepada Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain sebagai Ahli Tetap berkuatkuasa hari ini.

Dua Ahli Tetap lain yang dilantik turut menerima surat lantikan iaitu Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi yang diwakili oleh Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman dan Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim.

TAWP telah ditubuhkan melalui Suratcara Amanah pada 14 September 1992 bertujuan membantu hal-hal kebajikan pegawai dan anggota polis yang telah bersara termasuk tanggungan mereka. Antara bantuan yang dihulurkan TAWP termasuklah khairat kematian, perubatan, pendidikan dan bencana alam.

Mesyuarat Lembaga Pengurus TAWP yang dipengerusikan oleh saya di Bilik Mesyuarat KPN di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, turut dihadiri DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Antara input yang dibincangkan ialah pembentangan laporan dan penyata kewangan, pengesahan minit mesyuarat lepas serta beberapa perkara berbangkit yang memerlukan tindakan Ahli Lembaga.

Selain itu turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Gilberd Philip Layang dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara) merangkap Setiausaha TAWP, SAC Zailanni Amit.

Keutamaan Ahli Lembaga Pengurus TWAP, memperkasa TWAP dengan memperkukuhkan dana kewangannya bagi membolehkan TWAP dapat berperanan dengan lebih baik dan berkesan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help