Mesyuarat Khas Komunikasi Barisan Nasional Kedah

July 23, 2022

Kekuatan parti antara lain bergantung kepada kekuatan jentera komunikasi dan penerangannya. Pastikan dengan keadaan yang sudah berubah BNCOMMS mesti mendahului perubahan tersebut agar tidak ditinggalkan.

Rakyat mudah mendapat maklumat, maka kita mesti menghebah, dan menjawab segalanya dengan tepat, dan segera agar BN sentiasa dilihat baik dipandangan rakyat.

Namun demikian ini bukan sesuatu yang mudah. Oleh itu BNCOMMS bertanggungjawab dan berusaha menggerakkan semua jentera Penerangan dan Komunikasi semua parti dalam BN, Parti Parti Sahabat BN serta NGO atau Badan Bukan Kerajaan yang menyokong BN agar bersama menghadapi cabaran untuk mencipta kemenangan di PRU15 nanti.

Hari ini saya bersama team BNCOMMS Malaysia bersama dengan team Komunikasi BN Kedah mengadakan Mesyuarat Khas Komunikasi BN Kedah agar persediaan diperkukuhkan bagi menghadapi PRU15. Mesyuarat diadakan di Bangunan UMNO Kedah.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Pengarah Komunikasi BN.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help