Mesyuarat Khas Bilik Gerakan BN Lenggong

October 5, 2026

LENGGONG – Barisan Nasional Lenggong akan mengadakan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Lenggong pada Ahad, 11 Oktober 2026, jam 3.00 petang, bertempat di Arena Aman Jaya, Lawin, Lenggong.

Perkara tersebut telah dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Bilik Gerakan BN Lenggong yang dipengerusikan oleh Pengerusi Bilik Gerakan Pilihan Raya BN Lenggong merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, pada Jumaat.

Menurut Shamsul Anuar, agenda utama mesyuarat tersebut ialah persiapan ke arah majlis pelancaran jentera pilihan raya BN di peringkat Parlimen Lenggong.

“Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Bilik Gerakan BN Lenggong dan agenda utama ialah Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Lenggong pada 11 Oktober 2026, jam 3.00 petang, di Arena Aman Jaya, Lawin, Lenggong,” katanya.

Mesyuarat tersebut turut membincangkan penyelarasan gerak kerja jentera di semua peringkat, merangkumi 33 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan 67 cawangan di bawah Parlimen Lenggong, bagi memastikan majlis pelancaran dapat dilaksanakan dengan teratur.

Majlis pelancaran tersebut dijangka dihadiri oleh barisan kepimpinan serta petugas jentera BN Lenggong, sekali gus menzahirkan kesiapsiagaan parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help