Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Lenggong
LENGGONG – Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Lenggong telah berlangsung pada malam Ahad, 30 Ogos 2026, bertempat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong bermula jam 9.00 malam.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, membincangkan perkara-perkara berkaitan hala tuju dan perancangan jentera parti di peringkat bahagian.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh barisan jawatankuasa UMNO Bahagian Lenggong yang merangkumi ketua-ketua cawangan serta pemimpin sayap parti di seluruh 67 cawangan dalam Parlimen Lenggong.
Pertemuan ini dilihat sebagai langkah penting dalam mengukuhkan jentera parti di akar umbi serta memastikan keselarasan gerak kerja antara semua peringkat kepimpinan bahagian.

