Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing Negeri Sabah Bilangan 1 Tahun 2023

October 27, 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing Negeri Sabah (JKPWAS-TEKNIKAL) Bilangan 1 Tahun 2023 telah dipengerusikan bersama oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan YB Ir. Shahelmey bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri Sabah II di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Ketua Menteri I, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Mesyuarat JKPWAS-Teknikal Bil. 1/2023 merupakan mesyuarat kali pertama diadakan pada tahun ini. Sejak penubuhan JKPWAS pada 3 Disember 2014, sebanyak 11 mesyuarat telah diadakan iaitu tujuh mesyuarat di peringkat JKPWAS-Induk manakala empat kali mesyuarat di peringkat JKPWAS-Teknikal.

Mesyuarat secara berkala ini bertujuan untuk menyelaras pengurusan warga asing khasnya di negeri Sabah dengan membincangkan cadangan penambahbaikan semula perkara-perkara yang memerlukan tindakan susulan dan bersesuaian.

Turut hadir YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha KDN, YBrs. Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, YBhg. Datuk Ag. Shahiman bin Datuk Hj. Ag. Sahari, Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri Sabah, YBhg. Dato’ Makhzan bin Mahyuddin, Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, YBhg. Dato’ Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, YBrs. Tuan Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Setiausaha-Setiausaha Bahagian KDN, Pengarah-Pengarah Jabatan Negeri Sabah dan Pegawai-Pegawai Kanan KDN.

#KeselamatanTanggungjawabBersama
#MalaysiaMADANI

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help