Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Daerah Kecil Lenggong

June 10, 2026

LENGGONG – Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Daerah Kecil Lenggong yang berlangsung di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong pada Selasa petang.

Mesyuarat yang bermula pada jam 5.30 petang itu membincangkan pelbagai perkara berkaitan hala tuju, perancangan serta pembangunan sukan bola sepak di peringkat daerah kecil Lenggong.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar hadir mempengerusikan mesyuarat tersebut sejurus selesai mengadakan program ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Bah Lenggong pada petang yang sama.

Penglibatan aktif beliau dalam memimpin persatuan bola sepak tempatan mencerminkan komitmen berterusan terhadap pembangunan sukan di kawasan Parlimen Lenggong, selain aspek pembangunan infrastruktur dan kebajikan rakyat.

Mesyuarat tersebut turut bertujuan memastikan perancangan serta pelaksanaan aktiviti sukan bola sepak di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan bagi manfaat belia serta masyarakat setempat.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help