Mesyuarat Jawatankuasa Perlaksanaan Program Rogaining Lenggong 2022
June 14, 2022
Saksikan acara menarik di Lenggong 24-26 Jun 2022 Di Tasek Sendahalu Kg Luat Lenggong dan sekitar kawasan Lenggong Geopark Lenggong.
Mesyuarat Jawatankuasa Perlaksanaan Program ROGAINING LENGGONG 2022 melibatkan 200 Pasukan dari seluruh negara termasuk peserta dari Hong Kong, Singapura, Indonesia dan lain lagi.
Acara lasak ini pertama kali diadakan juga diberikan dengan pelbagai acara menarik seperti Tarik Tali, Futsall, Sepak Takraw, dan sebagainya.
Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan program yang dihadiri oleh semua agensi dan Jabatan berkaitan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, Perak.