Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Kawalan Keganasan Ke-15
KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah pada hari ini menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) Kawalan Keganasan (JPTKK) Ke-15, Bilangan 1/2026 yang berlangsung di bangunan Parlimen.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri 1 dan menghimpunkan pemimpin serta pegawai kanan kerajaan bagi membincangkan hala tuju serta strategi kawalan keganasan di peringkat nasional.
Mesyuarat JPTKK merupakan platform tertinggi kerajaan dalam menyelaras dasar, strategi serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan keganasan yang melibatkan pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasaan negara.
Kehadiran Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar dalam mesyuarat berkenaan adalah selaras dengan tanggungjawab beliau selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri yang turut bertanggungjawab dalam aspek keselamatan dalaman dan pencegahan ancaman keganasan di negara ini.
Kementerian Dalam Negeri kekal komited dalam memastikan segala bentuk ancaman keganasan ditangani secara menyeluruh, bersepadu dan berkesan melalui kerjasama antara agensi di peringkat tertinggi kerajaan.

