Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan & Perlaksanaan Bekalan Elektrik & Tarif (JPPPET) Sabah
April 22, 2021
Saya mempengerusikan mesyuarat JPPPET Sabah bersama YAB Datuk Seri Panglima Ketua Menteri Sabah.
Mesyuarat ini penting dalam memastikan pelan penjanaan elektrik serta perkara-perkara melibatkan pembekalan elektrik di negeri Sabah dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.
YBhg Datuk KSU, TKSU Tenaga, Pegawai daripada Suruhanjaya Tenaga, CEO SEDA, pegawai-pegawai kanan kementerian, wakil daripada MOF EPU dan KPLB turut bersama hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah Bil.1/2021. Kerajaan Sabah selain YAB Ketua Menteri Sabah turut dihadiri oleh pegawai pegawai kanan Kerajaan Sabah, SESB Sabah dan sebagainya.