Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Mengenai Kesesakan Di Tambak Johor (BSI & KSAB)
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Menteri Dalam Negeri bertujuan meneliti isu kesesakan di Tambak Johor yang menjadi perhatian rakyat di Johor khususnya mereka yang setiap hari merentasi kedua dua ICQS Bangunan Sultan Iskandar ( BSI ) dan Kompleks Sultan Abu Bakar ( KSAB ) untuk bekerja di Singapura.
Selain saya mesyuarat ini turut dihadiri YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi (Menteri Besar Johor), , Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud (Ketua Pengarah Imigresen), Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani (Ketua Polis Negara), Pengurusan Tertinggi Kementerian, wakil kementerian dan jabatan serta agensi selain KDN, dan wakil-wakil rakyat setempat.
Apa yang penting. Demi kebaikan rakyat pelbagai usaha dilakukan oleh jabatan dan agensi di bawah KDN serta jabatan dan agensi lain untuk mengurangkan kesesakan di kedua dua ICQC BSI dan KSAB.
Untuk makkuman kedua dua ICQC merupakan pintu masuk negara yang paling ramai jumlah pengembara iaitu lebih kurang 250,000 sehari untuk Mbike.
KDN dan pelbagai jabatan serta agensi lain sentiasa berusaha melakukan yang terbaik bagi mempastikan perkhidmatan kepada rakyat diberikan keutamaan.