Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Program KDN Turun Padang & Karnival Sayangi Lenggong

July 1, 2026

LENGGONG – Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Program KDN Turun Padang dan Karnival Sayangi Lenggong telah diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Lenggong pada Isnin, 30 Jun 2026 jam 3.00 petang.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah itu bertujuan menyelaras persiapan akhir bagi pelaksanaan Program KDN Turun Padang serta Karnival Sayangi Lenggong 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 18 dan 19 Julai 2026.

Mesyuarat tersebut membincangkan aspek penyelarasan logistik, pengagihan tugas jawatankuasa, penglibatan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), serta penyediaan program kemasyarakatan yang akan ditawarkan kepada penduduk sepanjang karnival berlangsung.

Program KDN Turun Padang merupakan inisiatif Kementerian Dalam Negeri yang membawa perkhidmatan dan bantuan agensi di bawahnya terus kepada rakyat, manakala Karnival Sayangi Lenggong merupakan program kemasyarakatan anjuran pejabat Ahli Parlimen Lenggong bagi menyantuni penduduk setempat.

Kehadiran pelbagai pihak termasuk wakil agensi KDN, Majlis Daerah Lenggong serta jawatankuasa pelaksana memperlihatkan kesungguhan semua pihak dalam memastikan kedua-dua program berjalan lancar dan memberi manfaat maksimum kepada rakyat di kawasan Parlimen Lenggong.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help