Mesyuarat Jawatankuasa Induk LiD’26 Capai Keputusan Penting
LENGGONG – Persiapan penganjuran Lenggong International Dialogue 2026 (LiD’26) semakin rancak apabila Mesyuarat Jawatankuasa Induk program tersebut diadakan hari ini.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan, pelbagai perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut dan beberapa keputusan penting telah dicapai.
Mesyuarat itu diadakan bagi memastikan segala gerak kerja dan persiapan berjalan lancar menjelang penganjuran LiD’26 yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 29 November 2026.
LiD’26 bakal menjadi antara acara berprestij di Lenggong tahun ini, lebih-lebih lagi selepas Lembah Lenggong menerima dwi-pengiktirafan antarabangsa UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada 2012 dan UNESCO Global Geopark pada April 2026. Lenggong merupakan satu-satunya kawasan di Semenanjung Malaysia yang memiliki kedua-dua pengiktirafan tersebut.
Penganjuran dialog peringkat antarabangsa itu dijangka membuka peluang lebih luas untuk mempromosikan Lenggong di mata dunia, di samping memberi limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.

