Mesyuarat Jawatankuasa Geokomuniti Lenggong UNESCO Global Geopark Bil 1/2026
LENGGONG – Mesyuarat Jawatankuasa Geokomuniti Lenggong UNESCO Global Geopark Bilangan 1/2026 telah diadakan pada 3 Ogos 2026 (Isnin) bermula jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan Majlis Daerah Lenggong.
Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat pertama bagi tahun 2026 yang membincangkan secara menyeluruh hala tuju, perancangan strategik serta pelaksanaan aktiviti geokomuniti di kawasan Lenggong yang merupakan sebahagian daripada tapak warisan UNESCO Global Geopark.
“Mesyuarat ini penting bagi memastikan penyelarasan yang berkesan antara semua pihak berkepentingan dalam usaha memelihara, memulihara serta mempromosikan nilai warisan geologi dan budaya yang terdapat di kawasan Lenggong,” katanya.
Beliau menambah, Jawatankuasa Geokomuniti memainkan peranan penting sebagai penghubung antara masyarakat setempat dengan pihak pengurusan geopark bagi memastikan komuniti di kawasan Parlimen Lenggong turut mendapat manfaat secara langsung daripada status UNESCO Global Geopark yang dimiliki.
Shamsul Anuar turut menegaskan bahawa pihaknya komited untuk memastikan Lenggong UNESCO Global Geopark terus diiktiraf di peringkat antarabangsa menerusi pelaksanaan program dan aktiviti yang melibatkan penyertaan aktif masyarakat setempat.
Mesyuarat tersebut turut membincangkan beberapa perkara berkaitan perancangan aktiviti geokomuniti sepanjang tahun 2026 serta laporan kemajuan pelaksanaan program yang telah dirancang sebelum ini.

