BeritaMesyuarat Cawangan Platform Terbaik Bagi Akar Umbi Letak UMNO Bersama Rakyat

October 15, 2021

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata persidangan UMNO cawangan yang sedang dan akan berlangsung adalah kerana memenuhi tuntutan perlembagaan parti dan inilah forum terbaik bagi ahli parti berbincang.

Katanya, ahli akan menilai semula apa yang telah dilakukan sebelum ini dan kemudian membuat perancangan apa yang perlu dilakukan selepas ini.

“Ini adalah satu platform yang terbaik bagi akar umbi memperkukuh dan memperkuatkan UMNO parti yang disayangi.

“Sebagai sebuah parti yang mempunyai banyak pengalaman dalam negara, UMNO telah melalui pelbagai peristiwa yang mengukir begitu banyak jasa sejak 1946 lagi.

“Namun hakikat yang perlu diakui ialah keadaan sudah berbeza, situasi semakin mencabar kerana itu UMNO mesti melakukan pelbagai perubahan sesuai dengan apa yang berlaku di negara ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambahnya, gunakanlah platform persidangan ini untuk menjadikan UMNO berjuang demi kepentingan rakyat.

“Kita mesti terus melakukan usaha meletakkan UMNO di tengah-tengah rakyat dan menjadikan parti ini berjuang untuk kepentingan rakyat.

“Percayalah… jika kita bersama rakyat, rakyat pasti akan bersama UMNO kerana mereka tahu UMNO penting kepada mereka,” ujarnya. – UMNO Online

Sumber: https://umno-online.my/2021/10/15/mesyuarat-cawangan-platform-terbaik-bagi-akar-umbi-letak-umno-bersama-rakyat-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links