Mesyuarat Cadangan Pembangunan Pavilion Lenggong Agrofarm Di Ladang Teh Lenggong & Lenggong Luxury Lake Villas Di Kawasan R&R Raja Nazrin Tasek Raban
Saya mempengerusikan Mesyuarat Dan Pembentangan cadangan Pembangunan PAVILION LENGGONG AGROFARM di Ladang Teh Lenggong & LENGGONG Luxury Lake Villas di R&R Raja Nazri Tasek Raban Lenggong.
Bersama saya ialah CEO Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), YDP Majlis Daerah Lenggong, CADO Pejabat Daerah Tanah Lenggong, Pihak Pemaju dan pegawai pegawai PKNP, dan lain-lain.
Semoga cadangan pembangunan ini dapat direalisasikan bagi memberikan impak besar dari segi pembangunan ekonomi rakyat terutama sektor pelancongan di Lenggong Kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Lenggong Geopak Kebangsaan, negeri dan negara keseluruhannya.
Pembangunan ini penting bagi membolehkan Lenggong mampu menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara selepas ini.
Paling utama sokongan YAB Menteri Besar Perak dan Kerajaan Negeri Perak penting dalam menjayakan cadangan ini. Terima kasih YAB MB Perak kerana bersetuju dengan pembangunan ini demi kemajuan Lenggong dan Perak.
#geopark #rumahtiang16 #SayangiLenggong #parlimenlenggong #pelancongan #tourism #malaysia #akisgallery