Mesyuarat Barisan Nasional Lenggong
“Bilik Gerakan BN Lenggong terus melaksanakan kegiatan melalui strategi baru yang dirancang sesuai dengan perubahan landskap politik yang berlaku. Kami meletakkan parti dan rakyat sebagai keutamaan. Kelebihan yang dimiliki BN Lenggong yang sentiasa bersepakat akan diperkukuhan lagi dengan pendekatan yang lebih segar dan bertenaga. Semua telah ditentukan peranan, kami tidak mahu hanya berbincang di bilik mesyuarat kerana yang penting kerja dilapangan melalui pelbagai pendekatan dan cara.”
Hari ini YAB DS Saarani Mohamad selaku Pengerusi BN Lenggong memberikan amanat penting dan kami berbincang pelbagai perkara seupaya Lenggong kekal milik BN.
Semua Jawatankuasa Biro Politik UMNO Bahagian Lenggong, MCA Bahagian Lenggong dan MIC Bahagian Lenggong hadir dalam mesyuarat ini.
12 Oktober 2025 | 05:00pm

