Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Kg Luat & Cawangan Paya Pulau Chery

September 14, 2022

Saya adalah ahli UMNO Cawangan Kg Luat Lenggong. Saya tidak memegang apa apa jawatan di UMNO Cawangan Kg Luat. Hanya dulu sebagai Ketua Pemuda Cawangan Kg Luat dan pernah Setiausaha UMNO Cawangan.

Saya sangat mempercayai kepimpinan UMNO cawangan di kampung ini.

Ini cawangan yang ahlinya terdiri daripada saudara mara saya dan UMNO Cawangan Paya Pulau Chery juga ahlinya kebanyakannya adalah saudara mara dan saudara sekampung.

Saya juga membesar di sini. Kami sentiasa berunding dan berpakat dalam banyak perkara.

Parti UMNO di sini kami dijadikan tempat untuk berbincang banyak perkara, soal masyarakat, kebajikan, pembangunan kampung dan sebagainya.

Tidak pernah sekalipun kami berebut jawatan di sini. Sentiasa berunding kerana kami semua saudara mara.

Kalaulah semua UMNO Cawangan begini disemua tempat. Pasti UMNO akan kuat.

Sebab itu, biarpun ini juga kampong kelahiran Pesuruhjaya PAS Perak, PAS tidak pernah menang di Peti Undi Kg Luat kerana UMNO Alhamdulillah kuat di sini kerana kami ahli dan penyokong UMNO di sini sentiasa bersatu padu.

UMNO Kg Luat dan UMNO Kg Paya Pulau Chery sentiasa menjaga ahlinya. Malah kami berkhidmat untuk semua masyarakat di kampung ini tanpa mengira siapa mereka biarpun mereka bukan ahli UMNO.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help