Mesyuarat Agung PIBG SK Tan Sri Ghazali Jawi Gerik

June 18, 2022

Saya tidak dapat hadir merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK TAN SRI GHAZALI JAWI GERIK.

Isteri saya mewakili saya merasmikan Mesyuarat PIBG sekolah ini.

Dulu sebelum ditukar nama ke SK TAN SRI GHAZALI JAWI GERIK nama asalnya ialah Sekolah Kebangsaan Air Panas Gerik.

Saya membesar di Sekolah ini kerana arwah abah saya menjadi Guru Besar sekolah ini. Saya juga mulai belajar dari Darjah 3 hingga Darjah 6 di sekolah ini.

Saya masih ingat arwah abah melukis lencana baru sekolah yang digunakan sekarang.

Banyak peristiwa kalau mahu ditulis.

Kalau mereka yang belajar disini mesti ingat kenangan semasa di sekolah ini.

“Kalau saya dan kawan kawan bermain bola waktu hujan di padang sekolah. Arwah abah akan panggil balik. Kawan kawan lain mesti mengendap belakang sekolah , intai saya sebab saya confrim kena tarik telinga sebab main diwaktu hujan … ha ha ha …teringat peristiwa ini….. tapi arwah telah mendidik dan membina diri saya agar sentiasa patut, berdisiplin dan sentiasa berprinsip dalam hidup”

Al Fatihah… Semoga arwah mak abah tenang disana.. Amin.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help