Mesra Rakyat Lenggong Di Kg Bukit Sapi
Di Kg Bukit Sapi Lenggong saya ditemui oleh pimpinan Kg Bukit Sapi Lenggong..Pertemuan yang juga dihadiri oleh Ybhg Dato’ Tarmizi Idris, Penghulu Kanan Lenggong, Pn Rohaida Yaakob Pegawai Khas MB Perak ( DUN Kenering ), Setiausaha UMNO Bahagian Lenggong dibuat selepas acara MESRA RAKYAT LENGGONG Di Kg Bukit Sapi Lenggong. Isu yang dibangkitkan ialah berkaitan BANTAHAN TERHADAP PEMBALAKAN DI KAWASAN BERHAMPIRAN KG BUKIT SAPI LENGGONG.
Saya menyokong keputusan mereka dan BESAR HARAPANNYA AGAR PEMBALAKAN DI KAWASAN INI ( Kompatmen 196 Dan 200 Hutan Simpan Piah ) DIBATALKAN.
Pembalakan di kawasan Hutan Piah akan menyebabkan berlakunya kemusnahan hutan yang sangat bernilai, akan membawa pencemaran, merosakan alam sekitar. Maka saya turut bersama PENDUDUK KG BUKIT SAPI MOHON PEMBALAKAN INI DIBATALKAN. NjDEVELOPMENT SDN.BHD #JabatanHutanPerak #jabatanhutankualakangsar #Felcraberhadkawasanchepor
Saya juga berpandangan mengambil kira Lenggong merupakan Kawasan Geopark maka saya sebagai Ahli Parlimen Lenggong mohon agar Kerajaan Perak membatalkan semua kelulusan pembalakan di kawasan Lenggong Geopark.
—
Selepas selesai di Kg Chepor Lenggong saya ke Kg Bukit Sapi untuk MESRA RAKYAT LENGGONG Di Kg Bukit Sapi Lenggong. Ramai penduduk yang hadir.
Saya menyampaikan beberapa maklumat di berkaitan pembangunan dan isu isu semasa. Dan dalam waktu yang sama saya luluskan RM100 Ribu bagi naik taraf Drwan Kg Bukit Sapi Lenggong.
16 Ogos 2025 | 05:00pm

