Mesra Pengundi Di RPS Air Bah

November 17, 2022

Semua penduduk kampong hadir dan saya dapat bertemu mereka hari ini. Ini adalah kawasan dan kubu kuat BN sejak dahulu lagi.

PERKAMPUNGAN AIR BAH LENGGONG dibangunkan sebagai kawasan pelancongan.

Bertepatan dengan pengiktirafan Lenggong Geopak Kebangsaan dan Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Budaya kehidupan masyarakat Orang Asli Di Perkampongan Asli Air Bah Lenggong akan dibangunkan sebagai satu daripada Geotapak penting dalam pembangunan Lenggong Geopark.

Kerja naiktaraf Balai Sewang Kg Air Bah Lenggong yang menjadi tempat kegiatan kebudayaan masyarakat akan dimulakan dinaiktaraf bulan ini.

Disamping itu bagi memenuhi permintaan pelancong yang sering ke sini, Majlis Pelancongan Lenggong juga akan membina beberapa unit rumah tradisional yang boleh disewakan kepada pelancong untuk menginap di sini. Semua ini boleh menjana pendapatan kepada masyarakat di sini.

Sebagai Pengerusi Geokomuniti Lenggong Geopark saya akan terus memberikan tumpuan kepada usaha membangunkan komuniti di Kawasan Parlimen Lenggong supaya mereka terlibat dan mendapat manfaat dari pembangunan Lenggong Geopark.

DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help