Mesra Pengundi Di FELDA Lawin Utara
Saya berkeyakinan Kawasan FELDA akan terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional. Malah saya percaya walau apapun yang dinyatakan oleh pelbagai pihak, warga peneroka sangat bijaksana kerana mereka tahu bahawa Barisan Nasional lah yang mewujudkan dan membangunkan FELDA.
Saya mempunyai 3 kawasan FELDA di Lenggong iaitu FELDA Pepulut, FELDA Lawin Selatan dan FELDA Lawin Utara. Sejak dulu lagi kawasan ini kekal bersama Barisan Nasional.
Secara peribadi saya sangat terhutang budi dengan warga FELDA di Kawasan Parlimen Lenggong kerana biar apapun keadaannya mereka kekal bersama BN.
Pastinya sebagai balasan saya akan terua berbakti dan membantu mereka terutama membangunkan Kawasan FELDA di Lenggong.
DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
CALON NO 1 BARISAN NASIONAL P055 Lenggong