Merasmikan Sambutan Ulang Tahun RELA Ke-52

July 3, 2024

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN (HUT) KE-52 JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

3 Julai 2024 | Rabu

Telah berlangsung Majlis Sambutan HUT ke-52 Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) peringkat kebangsaan bagi tahun 2024 yang diadakan di Akademi Latihan RELA Malaysia (ALARM), Sg. Udang Melaka.

Majlis sambutan pada kali ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Turut hadir bersama adalah YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Seramai 1000 orang peserta telah hadir membanjiri Padang Kawad ALARM yang melibatkan penyertaan daripada wakil Pegawai RELA dari seluruh Malaysia dan Anggota RELA dari WP Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang hadir memeriahkan majlis sambutan HUT pada kali ini.

Seterusnya, YB TMDN telah menyempurnakan gimik pentaulihan kepada 90 orang pegawai RELA yang ditauliah sebagai Subject Matter Expert (SME) RELA (jurulatih pegawai RELA) dengan pemakaian Baret Jurulatih yang melibatkan empat bidang kepakaran iaitu mekanik persenjataan – RELA Armament Mechanic (RAM), kejurulatihan menembak – RELA Marksman Team (RMT), kawalan perimeter – RELA Perimeter Control (RPC) dan kejurulatihan lalu lintas – RELA Traffic Trainer (RTT).

Seterusnya acara diteruskan dengan penyampaian Sijil Pentauliahan Pusat Bertauliah – Sistem Latihan Dual Nasional (PB-SLDN) kepada RELA dan Penyerahan Surat Niat Penubuhan RELASIS di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Dalam majlis tersebut, seramai empat orang Pegawai RELA Negeri Sembilan telah ditauliahkan sebagai SME RELA iaitu:

1) PPjR Nor Umizah binti Khairuddin, Pegawai RELA Daerah Jelebu ditauliah sebagai SME RTT;

2) PgR Ahmad Ismail bin Mohd Nadzri, Pen. Pegawai RELA Daerah Seremban ditauliah sebagai SME RPC;

3) PgR Ruzi bin Kemeran Pirdous, Pen. Pegawai RELA Daerah Rembau ditauliah sebagai SME RTT; dan

4) PgR Mohd Faizal bin Rahmat, Pen. Pegawai RELA Daerah Jempol ditauliah sebagai SME RAM.

Tahniah diucapkan kepada pegawai yang telah berjaya tamat kursus dan ditauliah sebagai jurulatih RELA.

Semoga dengan sambutan HUT pada kali ini, semangat “Setia Berbakti” akan terus tersemat dalam diri setiap warga RELA demi menjamin perkhidmatan RELA akan terus kekal relevan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“SETIA BERBAKTI”

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Yahya Sulaiman
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
RELA Malaysia

#RELAMalaysia #RELANegeriSembilan #SetiaBerbakti
#MalaysiaMADANI #HUT52RELA

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help