Merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Rasah Negeri Sembilan

June 22, 2024

UMNO MESTI MENJADI PEJUANG KEPENTINGAN RAKYAT

UMNO tidak boleh berjuang hanya untuk kepentingan ahlinya sahaja. Kegiatan atau aktiviti parti juga mesti kepada rakyat dan tidak boleh sekadar sesama ahli sahaja.

Jika perjuangan kita hanya untuk ahli maka rakyat tidak melihat UMNO penting kepada mereka. Kerana itu disamping pentingnya menjaga ahli, rakyat yang bukan menjadi ahli UMNO, mustahak untuk UMNO bela dan perjuangkan kepentingan mereka.

Akuilah hakikat betapa pentingnya sokongan rakyat demi sevival UMNO BN. Rakyat adalah segalanya.

Malah dalam keadaan landskap politik yang begitu dinamik dan sudah berubah. UMNO juga mesti bijaksana menyesuaikan diri dengan perubahan ini, tanpa sesekali mengadai prinsip serta ideologinya.

UMNO parti Melayu Bumiputra yang perjuangkan kepentingan Islam Melayu Bumiputra dan kita membela kepentingan kaum kaum lain.

Kerana itu, melihat kepada trend sokongan Melayu, pengundi teras UMNO dan generasi muda yang semakin merosot. UMNO mesti melakukan sesuatu bagi memastikan UMNO kembali mendapat sokongan ini.

Barangkali kerana imej kita ? Mungkin mereka melihat kita sudah lari daripada perjuangkan Melayu Islam dan Bumiputra ? Atau kelemahan kaedah komunikasi dan penerangan kita menjadi punca? Agaknya kerana orang muda melihat UMNO tidak menjiwai kehendak orang muda ? Atau mungkin banyak lagi sebab lain.

Semua ini mesti dikaji dan perhalusi agar kita dapat mencari formula terbaik mengambalikan UMNO sebagai sebuah parti penting kepada rakyat dan disokong di negara ini.

Malah kita mesti berani dan bijaksana mengatur langkah mendepani masalah ini disituasi yang sudah berubah.

Masa semakin singkat bagi menghadapi PRU16. Kehilangan kuasa di PRU14 dan hanya memenangi 30 kerusi di PRU15 wajib diambil iktibar.

Kebijaksanaan pimpinan UMNO mengatur langkah untuk membolehkan kita kekal dalam kerajaan biarpun hanya memenangi 30 kerusi mesti dijadikan peluang untuk UMNO kembali bangkit.

UMNO mesti kembali menjadi parti dominan dan kuat sebagaimana sebelumnya. Namun untuk kembali dikedudukan asal UMNO mesti bekerja dengan lebih hebat daripada biasa dan menggunakan pendekatan serta strategi yang sesuai disamping memenuhi keinginan dan kehendak rakyat.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help