Merasmikan Penutupan Retreat Puteri UMNO Pergerakan Puteri UMNO Melaka & Pergerakan Puteri UMNO Johor

June 30, 2024

SATUNILAH ANAKMUDA MELALUI PELBAGAI BENTUK & CARA.

Elakkan melaksana sesuatu yang hanya ahli UMNO sukai tetapi tidak digemari oleh rakyat khususnya anak muda.

Apa yang perlu dilakukan ialah memenuhi keinginan anak muda diluar parti yang ramai bilangannya disamping kekal menjaga ahli Puteri UMNO. Maknanya Puteri UMNO mesti menyantuhi anak muda keseluruhannya.

Perkara ini penting kerana berasaskan data PRU15 sahaja dicatat pengundi muda seramai 9.8 juta orang, dimana 5.3 juta orang adalah anak muda Melayu. Manakala ahli Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia hanya 13% daripada pengundi muda Melayu dan 7% daripada anak muda di Malaysia.

Semua ini perlu kerana jumlah anak muda akan menjadi majoriti dan bakal penentu kepada masa depan sesebuah parti di pilihanraya akan datang, termasuk UMNO BN.

Setuasi ini merupakan cabaran besar kepada Puteri UMNO Malaysia, kerana mengikut data UMNO Malaysia sehingga Oktober 2022 ahli Pemuda dan Puteri UMNO hanyalah sekitar 700 ribu orang.

Biarpun jumlahnya begitu, pimpinan Puteri UMNO mesti lakukan usaha agar menjadi popular dan penting kepada generasi muda terutama kumpulan wanita muda di negara ini.

Realitinya anak muda punyai citarasa, keinginan, latarbelakang yang berbeza. Cabarannya ialah bagaimana Puteri UMNO mahu memenuhi keinginan, citarasa mereka yang berbeza ini.

Ianya tidak mudah dilakukan namun Puteri UMNO tiada pilihan dan mesti melakukannya demi masa depan UMNO parti yang kita cintai.

Binalah imej baik parti pada pandangan anak muda. Penuhi kemahuan dan keinginan mereka tetapi jangan sesekali lari dari prinsip dan ideologi parti.

Sudah tentu kaedah terbaik adalah melalui sosial media kerana inilah padang permainan anak muda. Namun, mendekati mereka mestilah melalui pelbagai kaedah kerana bukan semua anak muda menyukai Facebook atau Tik Tok kerana minat dan kesukaan mereka berbeza beza , maka hampiri mereka mengikut dan melalui media yang mereka sukai.

Saya yakin. Jika bersungguh. Puteri UMNO Malaysia mampu lakukannya.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help