Merasmikan Multaqa MADANI

October 30, 2025

Mewakili Menteri Dalam Negeri (KDN) merasmikan MULTAQA MADANI bersama LEMBAGA PENGAWALAN & PERLESENAN PERCETAKAN AL-QURAN DAN LAJNAH DIBAWAHNYA.

Kementerian Dalam Negeri komited menjalankan tanggungjawab dalam memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam sentiasa terjamin termasuklah hal-ehwal pemeliharaan kemuliaan dan kesucian Al-Qur’an sebagaimana peruntukan Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 [Akta 326].

Umumnya, pemeliharaan kemuliaan dan kesucian Al-Qur’an bertujuan untuk melindunginya daripada dicemari, diperalat atau diubahsuai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyeragamkan bacaan serta menghormati kedudukannya sebagai panduan hidup seluruh umat Islam.

Hal-ehwal terkait dengan Al-Qur’an antaranya pencetakan dan penerbitannya merupakan sesuatu perkara yang sensitif kepada umat Islam yang harus dikawal dengan cermat demi memastikan kehormatan Islam sentiasa terjamin yang seterusnya menyumbang kepada kesinambungan kepentingan awam dan keselamatan negara.

Sebagaimana peruntukan Akta 326, Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Qur’an (LPPPQ), Kementerian Dalam Negeri yang terdiri daripada 15 orang anggota dengan 13 orang mewakili 13 negeri di Malaysia, seorang (1) wakil Wilayah-wilayah Persekutuan dan seorang (1) Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melaksanakan tanggungjawab sebagai badan utama yang mengawal pencetakan, penerbitan, pengimportan dan pengedaran bahan/ teks Al-Qur’an di Malaysia.

Pada hari ini, Kementerian telah menganjurkan Multaqa MADANI Kementerian Dalam Negeri Bersama Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Qur’an dan Lajnah Di Bawahnya sebagai tanda penghargaan khidmat bakti LPPPQ dan medan pelucuran inisiatif-inisiatif serta kejayaan berhubung usaha pemeliharaan kemuliaan Al-Qur’an seperti yang berikut:

5.1. Sehingga kini, sebanyak 1,036 Pruf Akhir Teks Al-Qur’an telah diperakukan betul oleh LPPPQ untuk dicetak dan berada dalam komuniti di negara ini.

5.2. Sumbangan Al-Qur’an daripada pelbagai pihak kepada Kementerian Dalam Negeri bagi menjayakan Program Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ).

5.3. Penyampaian penghargaan kepada Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang memberikan kuasa kepada Penguat kuasa Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (PK KDN) bagi menjalankan penguatkuasaan berkaitan Al-Qur’an di negeri-negeri berkenaan.

5.4. Peluncuran Akaun Amanah Kemajuan Pembangunan dan Pemuliaan AlQur’an, PK KDN serta penyerahan Projek Hibah JEQ. Akaun amanah ini bakal menjadi wadah bagi pengumpulan dana khas daripada pelbagai pihak untuk usaha-usaha berkaitan memartabatkan kesucian Al-Qur’an.

5.5. Peluncuran inisiatif Modul Profesionalisme Panel Semakan Al-Qur’an (ProQuran) hasil gabungan kepakaran dan penerokaan cabang-cabang perundangan oleh PK KDN dan Lajnah Tashih Al-Qur’an yang diperakukan oleh LPPPQ. ProQuran ini bertujuan meningkatkan kualiti perunding Al-Qur’an yang dilantik oleh industri pencetakan/penerbitan Al-Qur’an.

5.6. Peluncuran inisiatif berasaskan teknologi AI iaitu Sistem Semakan Al-Qur’anPintar (Intelligence Tashih Al-Qur’an – iTAQ). Inisiatif ini bertujuan untuk menjadikan proses pencetakan/ penerbitan Al-Qur’an yang tepat dan pantas seiring dengan proses semakan Al-Qur’an menggunakan iTAQ.

5.7. Pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records kepada Kementerian Dalam Negeri melalui PK KDN atas kejayaan mencipta rekod “The Largest Al-Qur’an Exchange” dengan jumlah 70,000 naskhah Al-Qur’an tiada perakuan KDN telah ditukar ganti dengan Al-Qur’an baharu yang mempunyai perakuan KDN sehingga kini.

Di atas kejayaan kawalan pencetakan/ penerbitan Al-Qur’an dan inisiatif-inisiatif baharu yang diluncurkan ini, Kementerian Dalam Negeri bertekad memberikan komitmen yang berterusan dalam penjagaan kemuliaan dan kesucian Al-Qur’an di Malaysia khususnya bagi mencegah elemen cemar, ubahsuai, dan salah guna (ekstremis) yang berpotensi untuk mengganggu gugat keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Maklumat lanjut berkaitan panduan kawalan dan pelesenan pencetakan/penerbitan teks Al-Qur’an boleh diakses menerusi Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri www.moha.gov.my.

Masyarakat umum juga dialu-alukan untuk bersama-sama menjaga kemuliaan dan kesucian Al-Qur’an melalui penyaluran maklumat/aduan mengenai kesalahan-kesalahan yang disyaki dilakukan di bawah Akta 326 kepada PK KDN di talian 03-8889 3145 atau e-mel kepada: aduanpk@moha.gov.my

29 Oktober 2025 |

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help