Merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Jerlun Kedah

July 6, 2024

UMNO MESTI KEMBALI MENDAPAT SOKONGAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA JIKA MAHU TERUS DIHORMATI SERTA BERKUASA.

Kekuatan UMNO selama ini ialah atas sokongan kuat daripada orang Melayu dan Bumiputera serta kaum-kaum lain melalui rakan dalam BN.

Kelebihan inilah menjadikan UMNO sebuah parti yang digeruni lagi dihormati.

Di sisi lain, tiada parti politik yang boleh menafikan kekuatan jentera UMNO, sistem pentadbiran yang tersusun hingga ke akar umbi, program dan aktiviti kebajikan yang tidak terkira banyaknya. Pengorbanan dan jasa UMNO dalam negara ini juga tercatat tanpa boleh diubah kerana sejarah membuktikannnya begitu banyak UMNO lakukan selama lebih 60 tahun memerintah.

Namun persoalan yang perlu UMNO jawab dan mencari jalan penyelesaian ialah kenapa mutakhir ini sokongan Melayu dan pengundi teras, pengundi muda kepada UMNO BN semakin kurang. Biarpun pelbagai program dan perkara telah dilakukan.

Fakta ini tidak boleh dinafikan jika diukur berasakan keputusan beberapa siri pilihanraya negeri atau pilihanraya kecil selepas PRU15 yang lalu.

JIKA UMNO tidak menyelesaikan punca yang menyebab orang Melayu, Pengundi Teras dan Pengundi muda yang ternyata meninggalkan UMNO, saya bimbang UMNO akan menghadapi keadaan yang lebih teruk berbanding PRU15.

UMNO mesti membina semula imejnya dimata rakyat. Sudah tentu, UMNO mesti dilihat sempurna, bersih, berintgriti, kukuh, bersatupadu, mesra pada rakyat dan pelbagai lagi nilai positif dimata rakyat. Inilah antara faktor jika UMNO mahu kembali menjadi kuat.

Disamping itu, UMNO mesti segera mengubah pendekatannya menghadapi rakyat kerana realitinya semua telah berubah.

UMNO BN tidak lagi hanya menumpukan program serta kegiatannya berligar dikalangan ahli nya dengan tidak berfokuskan rakyat.

Memang benar UMNO parti terbesar di negara ini jika diukur berasakan keahliannya. Namun jika jika dinilai tahap sokongan rakyat kepada UMNO diwaktu ini, keadaannya berbeza.

Melihat kepada reaksi rakyat terutama berasakan keputusan beberapa siri pilihanraya, ternyata UMNO BN mesti SEGERA mengkaji di semua aspek dan mengatur strategi berasakan fakta, data yang tepat serta realiti sebenar.

Kita tidak boleh bertindak tanpa strategi yang tepat dan hanya berasaskan andaian semata. UMNO mesti lakukan apa yang rakyat inginkan.

YB DATO’ SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help