Merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Ipoh Barat Perak

July 7, 2024

PEMIMPIN DITERIMA RAKYAT PENTING KEPADA MASA DEPAN UMNO.

Ketikanya sudah tiba untuk UMNO BN Perak merangka, strategi bagi membina pemimpin parti yang berkualiti bagi agar diterima rakyat.

Memahami landskap politik yang sudah berubah, maka pada saya UMNO mesti mengenengahkan pemimpin tempatan yang memenuhi citarasa rakyat dan kehendak rakyat setempat.

Memenuhi keinginan UMNO penting, namun dikehendaki rakyat jauh lebih mustahak.

Perak realitinya melahirkan ramai pemimpin bukan hanya berbakti di negeri ini tapi juga di peringkat lebih tinggi.

Saya harap UMNO Perak melakukannya. Kerana pengalaman lalu mengajar kita. Jangan lagi kita menimbulkan suasana yang menganggu jentera parti berkaitan calon pilihanraya, yang akhirnya kita kecundang dan ditolak oleh rakyat. Saya berkeyakinan ramai tokoh tokoh di Perak yang mampu.

Namun demikian, paling utama ialah UMNO mesti memahami apa yang rakyat inginkan. Kita mesti memenuhi kehendak mereka jika UMNO mahu terus kekal diterima rakyat. Maknanya jika UMNO tidak memenuhi kehendak rakyat, UMNO tidak akan popular dihati rakyat. Bila UMNO tidak dihati rakyat, apa juga dilakukan UMNO pasti ditolak rakyat.

Justeru itu, suatu aspek utama ialah imej parti. Imej yang dimaksudkan pasti antaranya ialah parti mesti dilihat bersih dan sempuna dimata rakyat. Jangan sesekali memperlihatkan UMNO adalah parti bermasalah. UMNO mesti menjadi parti milik rakyat, memperjuangkan kepentingan rakyat.

Kerana itu, biarpun UMNO Ipoh Barat tidak berpeluang meletakkan calon setiap kali pilihanraya, namun pimpinan dan ahli UMNO disini juga mempunyai peranan besar dalam membawa kemenangan parti parti. Selain membantu kawasan lain yang bertanding, UMNO Ipoh Barat juga boleh berperanan membina imej parti yang baik dimata rakyat.

Saya harap keputusan PRK Sg Bakap, Nibong Tebal Pulau Pinang menjadi pengajaran besar kepada UMNO. Keputusan di pilihanraya ini jelas memperlihatkan UMNO mesti melaksanakan apa yang diinginkan rakyat, jika mahu diterima kembali oleh rakyat di negara ini.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help