Merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Dungun

June 27, 2024

SAYA TIDAK MAHU MENJADI PEMIMPIN UMNO YANG HANYA BERETORIK.

Sebagai parti politik pasti sasaran UMNO adalah mendapat kuasa, melalui amalan demokrasi di negara ini. Tiada parti politik yang tidak mahukan kuasa. Melalui kuasa khidmat dan bakti pada rakyat boleh dilaksanakan.

Bagaimanapun, disituasi landskap dan suasana politik yang sudah berubah ini. Cabarannya sudah begitu berbeza.

Sebagai pemimpin parti, kita tidak boleh lagi beretorik, bercakap untuk menyedapkan hati pemimpin atau ahli dibawah. Namun kosong akhirnya. Di persidangan seumpama ini, kita mesti manfaatkannya untuk bina dan kukuhkan semula parti. Mengenalpasti masalah dan menyelesaikannya.

Realitinya, keadaan dan apa yang UMNO hadapi sangat mencabar. Kita mesti bercakap benar, berkata bersandarkan fakta yang betul kepada ahli disemua peringkat, agar segala kekuatan UMNO diperkukuhkan lagi dan segala kelemahan yang UMNO alami dapat diperbaiki demi memastikan UMNO terus diterima rakyat.

Alhamdulillah.

Kebijaksanaan pimpinan UMNO biarpun BN dimana UMNO hanya memenangi 26 kerusi di PRU15 namun BN masih berada dalam kerajaan. Keadaan ini memberikan peluang kepada UMNO BN perkukuhkan parti.

Disatu sisi. Keberadaan UMNO dalam kerajaan telah memberikan semula tenaga kepada UMNO yang terpukul teruk di PRU15. Benar UMNO BN punyai kekuatan disudut itu.

Pun demikian, disisi yang lain yakni diukur berdasarkan sokongan rakyat. Apakah bila UMNO sudah berada dalam kerajaan, kita sudah kembali kuat ? Ini persoalan yang perlu kita jawab.

Bila kita menilai dan ukur berdasarkan beberapa siri pilihanraya selepas keberadaan UMNO BN dalam kerajaan ini melalui keputusan PRN 6 Negeri dan beberapa siri PRK yang terakhir di KKB, disitu kita boleh mengukur penerimaan rakyat dan kekuatan UMNO BN.

Hakikatnya kita mengalami masalah, pertama kemerosotan sokongan daripada Orang Melayu, berlaku juga kemerosotan undi dari kalangan Pengundi Teras UMNO dan lebih membimbangkan majoriti Orang Muda tidak bersama UMNO.

Inilah cabaran kita. Dan. Bagaimana kita mahu menyelesaikannya?

Kerana itu UMNO mesti lipatgandakan usaha agar kembali diterima rakyat sebagaimana dahulu.

UMNO Dungun mesti memahami realiti dan keadaan sebenar rakyat Dungun dan dari itu UMNO penuhi keinginan mereka agar UMNO menjadi parti penting dan diperlukan oleh rakyat.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.
– Dungun Terengganu.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help