Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit Sulong Johor

June 28, 2024

JADILAH KITA PEJUANG KEPENTINGAN RAKYAT.

Besarkan semula pengaruh dan kekuatan UMNO, kita mesti pastikan ahli UMNO terus berpadu menguatkan UMNO.

Dan mengakui bahawa sokongan rakyat sangat penting maka pengaruh serta sokongan rakyat kepada UMNO sangat diperlukan.

Saya berkeyakinan rakyat dan orang Melayu, termasuklah di Kawasan Parit Sulong atau di Johor akan menyokong kita jika kita memahami apa yang mereka ingin UMNO lakukan. Dan kita penuhi keinginan mereka.

UMNO lahir di Johor. Malah rakyat khususnya Orang Melayu tahu bahawa UMNO berjasa besar di negara ini. Perkara ini tidak boleh dinafikan kerana lebih 60 tahun UMNO bersama rakan rakan dalam BN membangun dan memajukan negara ini. BN memerintah negara ini begitu lama.

Pun demikian, saya percaya untuk UMNO disokong pastinya antara lain mereka mahu UMNO memperlihatkan imej yang baik dimata rakyat, pemimpin parti tidak kira dimana kedudukannya diperingkat tinggi ataupun pimpinan dibawah, rakyat mahu kita menjadi pemimpin yang diyakini dan diharapkan.

UMNO mesti menjadi pejuang kepada kepentingan rakyat secara keseluruhannya. UMNO tidak boleh lagi hanya berjuang untuk kepentingan kelompoh dan ahlinya sahaja. Kita mesti jadi pembela dan pejuang rakyat kalau mahu disokong rakyat.

Akuilah cabaran kita besar. Terimalah hakikat ada isu dan perkara yang menyebabkan kita hilang sokongan rakyat terutama oleh pengundi Melayu, penyokomg teras UMNO, malah dikalangan orang muda.

Kita mesti mengkaji dan memperbetul serta menyelesaikan segala cabaran dan isu yang menyelebungi kita jika UMNO mahu kembali kuat sebagaimana dahulu. Kita mesti berusaha agar mereka kembali bersama kita.

Yakin dan percayalah. UMNO mampu kembali kuat sebagaimana dulu. Jika kita perbaiki apa kelemahan dan kekurangan yang kita hadapi.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help