Merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Permodalan Pemuda Perak BHD
February 9, 2023
Keadaan sudah berubah, keadaan ekonomi semakin mencabar dan berbeza. Justeru kepimpinan koperasi mesti bijaksana menyesuaikan keadaan bagi memastikan koperasi mampu terus berkembang dan bersaing dalam situasi ekonomi negara serta dunia yang mencabar.
Koperasi mesti juga bijaksana meneroka pelbagai bidang perniagaan baru kerana kebergantungan kepada satu sumber mungkin boleh membawa risiko kepada sumber pendapatan koperasi.
Hari ini saya merasmikan Mesyuarat Agung KOPERASI PERMODALAN PEMUDA PERAK BHD.