Merasmikan Majlis Puteri UMNO Bahagian Lenggong
April 15, 2022
“Peranan Puteri UMNO penting dalam memastikan Wanita muda bersama UMNO BN”
Hari ini di Kompleks KEMAS Lenggong saya bersama isteri hadir memberikan ucapan serta menyampaikan sumbangan di Majlis Berbuka Puasa Puteri UMNO Bahagian Lenggong.
Tahniah Puteri UMNO Lenggong kerana sentiasa berjaya melaksanakan program. Ramai yang hadir hari ini melebihi sasaran. Selain Ketua Puteri dan Kepimpinan Puteri UMNO Bahagian Lenggong bersama juga ialah Cik Satariah Mohamad Mantan Ketua Puteri UMNO Lenggong, Penghulu Mukim Pegawai RELA Lenggong, Setiausaha UMNO Bahagian Lenggong dan kepimpinan Puteri UMNO Cawangan seluruh Lenggong.
Tahniah PUTERI UMNO Lenggong.