Merasmikan Gelanggang Futsal Kg Luat Lenggong & Pertandingan Futsal Parlimen Lenggong
May 21, 2023
Pagi ini saya merasmikan GELANGGANG FUTSAL KG LUAT LENGGONG dan saya juga merasmikan PERTANDINGAN FUTSAL PARLIMEN LENGGONG yang melibat 48 buah Pasukan Futsal dalam Parlimen Lenggong.
Saya juga memaklumkan bahawa beberapa Gelanggang Futsal akan dibaik pulih iaitu di Kg Ganda Temenggor Gerik, Kg Rancangan Merah Lenggong, Kg Sumpitan Lenggong, Kg Bukit Sapi Lenggong. Ini diharap akan menjadi kawasan berkenaan digunakan semula.
Lebih 280 pemain terlibat dalam Liga Futsal anjuran Pusat Khidmat MP Lenggong dan Persatuan Bola Sepak Lenggong.