Meraikan Ahli Panel Lenggong Geopark Di Pusat Kajian Lapangan USM Kota Tampan
“Geotapak Lenggong Geopak sebenarnya sudah banyak bertaraf Global Geopark”. Ini komen salah seorang daripada Panel Penilai Geopark Lenggong.
Saya bangga mendengarnya. Maka tidak salah dan memang tepat bila Mac 2020 saya cadangkan agar Lenggong dijadikan kawasan Geopark Ke-2 di Perak. Insyallah 2024 Global Geopark Ke-3 di Malaysia dan Global Geopark pertama di Perak. Terima kasih KeTSA dan Kerajaan Perak yang merialisasikannya.
Saya berkeyakinan Lenggong Geopark akan memberikan impak baru kepada pembangunan sosioekonomi dan pelbagai bidang lain di Lenggong khususnya. Pastinya memberi kesan sektor pelancongan di Perak.
Lebih istimewa apabila Prof Dato Dr Mokhtar Saidin Ketua Geopark Kebangsaan menyebut Lenggong kaya dengan pelbagai jenis makanan dan kerana itu sesuatu yang menarik ialah “Geofood”. Lenggong terkenal dengan Kabebe, Ikan Pindang, Pekasam, Gulai Petani, Masak Kemahang, Gulai Patang Pisang dan pelbagai lagi jenis makanan.
27 Geotapak Lenggong Geopark akan menjadi suatu tarikan baru di Lenggong. Insyallah saya bersama YAB Menteri Besar Perak dan semua anggota pentadbiran di Lenggong akan berusaha membangunkannya.
Kita lonjakkan nama Lenggong setinggi boleh. Tumpuan sekarang yang akan dilakukan ialah melengkapkan prasarana pelancongan di kawasan Lenggong Geopark. Sebahagiannya sudah siap dan ada yang dalam pembinaan. Sementara itu pelbagai prasarana lain akan diusahakan.
Saya yakin bila siapnya November ini Galeri Geopark Lenggong atas sumbangan Yayasan Al Bukhary pelbagai maklumat penting boleh diperolehi oleh pelancong di sini.
Disamping itu, Laman Budaya Lenggong yang sedang dinaiktaraf juga akan menjadi suatu lagi tarikan baru apabila Pusat Info Pelancongan akan dibina situ. Semua ini akan menjadi tarikan di Lenggong.
Malam ini saya meraikan Panel Penilai Lenggong Geopark dan individu penting Lenggong Geopark:
YBhg Prof Dato’ Dr Mokhtar Saidin
(Pengerusi JK Pelaksana Geopark Kebangsaan, selaku Pengerusi JK Saintifik Dan Pemulihataan Lenggong Geopark)
YBhg Dato’ Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad
(pengarah JMG Perak)
YBhg Dato’ Dr Kamarulzaman Abdul Ghani
(Penilai Lenggong Geopark)
Dr Nobert Simon
(Penilai Lenggong Geopark)
Tn Hj Shamsul Shahril Badliza
SU Bhg Kanan (KeTSA)
Terima kasih JMG Malaysia dan JMG Perak , USM dan semua yang terlibat. Bersama saya malam ini ialah YDP Majlis Daerah Lenggong dan pegawai pegawai kerajaan di Lenggong.
#teamDSAN #ketsa #arkeologilembahlenggong #akisgallery #geopark