SeptemberMenyusun Strategi & Program Golongan Muda Parlimen Lenggong

September 22, 2021

“Kami sayang anak Muda Lenggong“

Saya mempengerusikan Jawatankuasa Khas Pengundi Muda Parlimen Lenggong. Mesyuarat dianggotai oleh Ketua Wanita UMNO Lenggong, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Lenggong, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Lenggong.

Bersama dalam Jawatankuasa ini ialah Setiausaha UMNO Bahagian Lenggong, Ketua Penerangan UMNO bahagian Lenggong, Naib Naib Sayap UMNO Bahagian, Ketua Penerangan Pemuda Lenggong, Setiausaha Bilik Gerakan BN Lenggong dan lain-lain.

Kami meneruskan dan menambah baik program yang telah dilakukan dan menyusun strategi baru. Pemuda dan Puteri UMNO Lenggong memainkan peranan utama dan terus bergiat cergas. Menariknya kami di Lenggong sentiasa bersepakat. Tanggungjawab penting dilakukan bersama. “Kami bahu membahu“

Kami ada pendekatan dan strategi tersendiri. Namun tidak boleh dikongsi di sini.

Mesyuarat diadakan secara berkala untuk menilai setiap strategi yang dilaksana. Menerima laporan, membuat penilaian, dan merangka strategi.

Hari ini mesyuarat diadakan di Bilik Gerakan Parlimen Lenggong.

#parlimenlenggong #usahawanmuda #teamDSAN #geopark #UMNO #arkeologilembahlenggong #gerik #lenggong

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links