Menyusun Strategi Komunikasi Barisan Nasional
February 13, 2022
Kekuatan parti juga bergantung kepada sejauh mana maklumat parti disampaikan dengan baik dan berkesan kepada rakyat.
Kita tidak boleh menyampaikan maklumat hanya kepada ahli parti sahaja. Tanggungjawab kita adalah kepada rakyat secara keseluruhannya. Kerana rakyat penentu kepada kemenangan BN.
Dan pastinya organisasi dan jentera mesti dimantapkan serta diperkukuhkan bagi tujuan itu.
Hari ini di Bangunan Badan Perhubungan UMNO Johor saya bertemu tenaga penting daripada UMNO, MIC dan MCA bagi menyusun strategi menghadapi PRN Johor.
Saya yakin Penerangan BN Johor bersiap sedia menghadapi PRN Johor kali ini.