Syarahan Kepimpinan Di UTM Skudai

June 29, 2026

JOHOR BAHRU – Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menekankan bahawa seorang pemimpin sejati ialah individu yang mampu mempengaruhi, membimbing dan berkhidmat kepada masyarakat dengan penuh integriti, amanah serta rasa tanggungjawab.

Beliau berkata, kepimpinan bukan sekadar memegang jawatan atau memiliki kuasa, tetapi tentang keupayaan membuat keputusan yang adil, menyelesaikan masalah dan membawa perubahan yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Kepimpinan yang berkesan memerlukan komitmen, kesungguhan serta keupayaan untuk memperkasa nilai adab dan jati diri, terutamanya dalam kalangan generasi muda yang bakal menerajui negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Syarahan Kepimpinan yang dianjurkan oleh Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) [JTNCHEPA], Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berlangsung di Dewan Senet UTM Skudai, Johor Bahru pada Sabtu.

Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan warga mahasiswa sebagai tanda komitmen dan kesungguhan mereka dalam memperkasa nilai kepimpinan, adab serta jati diri mahasiswa.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTM, Prof. Ts. Dr. Ali bin Selamat bersama barisan pengurusan universiti dan warga mahasiswa.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help