Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Sri Tiong King Sing telah melakukan lawatan kerja ke beberapa buah destinasi pelancongan di Lenggong termasuk Galeri Arkeologi Lembah Lenggong dan Galeri Geopark Lenggong bagi meninjau potensi pembangunan produk pelancongan berasaskan warisan dan geologi.
Kehadiran beliau disambut Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
“Hari ini saya menyambut dan mengiringi YB Menteri Pelancongan Malaysia ke Galeri Geopark Lenggong.
“Saya menunjukan kepada YB Menteri Pelancongan Malaysia kalau di Cameron Highlands Pahang ada Mossy Forest di Kawasan Lenggong Geopark iaitu di Gunung Pulut juga mempunyai kawasan hutan yang menyerupai Mossy Forest Cameron Highlands Pahang.
“Oleh itu kita mohon pihak MOTAC membangunkan kawasan ini supaya menjadi tarikan kepada pelancong. Buat permulaan saya mohon peruntukan tambahan bagi membangunkan beberapa kemudahan di kaki Gunung Pulut di Kg Tawai Gerik supaya dengan kemudahan lengkap ini ia dapat digunakan oleh pendaki ke Gunung Pulut yang merupakan satu daripada tapak penting di Lenggong Geopark.”
Gunung Pulut satu daripada beberapa kawasan penting dalam kawasan Lenggong Geopark yang bernilai tinggi.
Lawatan itu diteruskan ke Galeri Makanan Tradisional Lenggong.
“Kali ini Menteri Pelancongan mencuba bagaimana KABEBE yang merupakan Makanan Warisan Kebangsaan dari Lenggong disediakan.”
Satu sesi libat urus bersama penggiat industri bertujuan mendapatkan maklum balas terus daripada pemain industri dalam merangka pelan strategik pelancongan negeri ke arah TMM2026.
Kerajaan Negeri Perak menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama bersama MOTAC dan pemain industri dalam memastikan sektor pelancongan kekal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negeri, seiring aspirasi pembangunan Perak Sejahtera 2030.



