Menjawab Soalan No 5 Dari MP Tawau

March 29, 2023

MP TAWAU MENYATAKAN TINDAKAN YANG TELAH DILAKSANA TERHADAP PATI DI SABAH KHUSUSNYA DI TAWAU YANG BANYAK MENIMBULKAN GEJALA SOSIAL DAN KESELAMATAN YANG MERESAHKAN PENDUDUK SETEMPAT.

JAWAPAN SAYA BAGI PIHAK
Kementerian Dalam Negeri ( KDN )

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius berkaitan masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini yang memerlukan strategi pembanterasan secara berterusan. Justeru, sebagai langkah memperkukuh tadbir urus dan menambah baik sistem kerja penguatkuasaan sedia ada, KDN sedang memperhalusi pelan strategik penguatkuasaan PATI yang lebih komprehensif dan menyeluruh.

Statistik Jabatan Imigresen Malaysia sehingga 27 Mac 2023 menunjukkan terdapat 4,655 PATI yang ditahan di empat buah Depot Imigresen di negeri Sabah.

Berdasarkan pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan melibatkan premis-premis perniagaan ataupun perusahaan sepanjang tahun 2021, sebanyak 1,076 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan dengan tangkapan seramai 1,881 orang PATI dan 45 majikan. Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sabah telah melaksanakan 700 operasi penguatkuasaan melibatkan tangkapan 1,437 orang PATI daripada pelbagai negara dan 14 majikan atas pelbagai kesalahan imigresen pada tahun 2022.

Sehingga 2023 terdapat 265 operasi, 487 PATI yang ditangkap, dua majikan dan juga 6,405 pemeriksaan dibuat pada tahun ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi memastikan usaha pengusiran dilaksanakan dengan cekap, JIM Negeri Sabah mengambil tindakan secara konsisten seperti berikut:
a) mempergiat usaha mengusir PATI ke negara asal; dan
b) mengadakan rundingan secara berkala dengan pihak kedutaan negara Filipina dan Indonesia dan bekerjasama bagi mempercepatkan proses penghantaran pulang tahanan ke negara asal.

JIM Negeri Sabah juga telah merekodkan seramai 2,947 PATI diusir dari empat Depot Imigresen di Negeri Sabah, iaitu daripada Depot Imigresen di Kota Kinabalu, Papar, Sandakan dan juga Tawau pada tahun 2021. Bagi tahun 2022, seramai 2,452 orang PATI telah diusir bagi tempoh 1 Januari sehingga 27 Mac 2023. Terkini seramai 1,991 orang PATI telah diusir pulang.

Terima kasih Yang Dipertua.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help