Menjawab Soalan No 10 Dari YB Ahli Parlimen Kuala Krau

March 29, 2023

JAWAPAN SAYA BAGI PIHAK KEMENTERIAN DALAM NEGERI.

Tuan Yang di-Pertua,

Pada 1 Mei 2014, Kerajaan telah menubuhkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di Polis Diraja Malaysia (PDRM). Di bawah JIPS, terdapat Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) yang berperanan untuk merancang dan melaksanakan program-program keagamaan dan kerohanian serta pengurusan psikologi dan kaunseling kepada pegawai PDRM. JIPS ditubuhkan di peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah.
Bagi memastikan pembangunan modal insan berkaitan keagamaan dan kerohanian dilaksanakan dengan teratur dan lancar, Unit Agama di bawah BAKA dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksana dan memantau program-program bersesuaian di PDRM. Pada masa ini Yang Berhormat, BAKA mempunyai 836 perjawatan pelbagai skim dan gred di seluruh Malaysia dan diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah berpangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis, Gred Utama C.
Fungsi utama Unit Agama, BAKA di PDRM adalah:
a) Menyediakan penerbitan dan bahan dakwah kepada pegawai PDRM;
b) Membangunkan program berkaitan hal ehwal sahsiah;
c) Menyelaras pelaksanaan program pengimarahan dan pengurusan masjid; dan
d) Melaksanakan program dan aktiviti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di PDRM.

Fungsi yang dilaksanakan oleh BAKA ini adalah setara dengan Kor Agama di Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Terima kasih, Yang Berhormat.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help