Menjawab Soalan Lisan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Parlimen Ke-15
MENJAWAB SOALAN LISAN PADA MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA PARLIMEN KELIMA BELAS
KUALA LUMPUR – YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, telah menjawab pertanyaan daripada YB Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Ahli Parlimen Merbok, berkenaan peranan kerajaan dalam memastikan warga emas, OKU, penduduk luar bandar dan Orang Asli tidak terpinggir sekiranya perkhidmatan keselamatan dan imigresen mula bergantung sepenuhnya kepada MyDigital ID di Dewan Rakyat, hari ini.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri daripada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Bahagian Perancangan Strategik, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Majlis Keselamatan Negara, Agensi Keselamatan Siber Negara, Pejabat Pasukan Petugas Khas NIISe dan Unit Komunikasi Korporat.
04 Februari 2026 |

