Meninjau Tapak Projek Penggantian SK Kenering

July 15, 2026

GERIK – Satu tinjauan tapak di kawasan Sekolah Kebangsaan Kenering, Gerik, Perak telah dilaksanakan pada hari ini sejurus selesai mesyuarat mengenai Projek Penggantian sekolah berkenaan.

Tinjauan tersebut diketuai oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang menegaskan bahawa projek bernilai lebih RM39 juta ini memerlukan perancangan yang teliti.

“Projek ini penting dan perlu perancangan teliti bagi membolehkan pembinaan penggantian sekolah ini dapat menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi sekolah ini sejak sekian lama,” kata beliau.

Projek Penggantian SK Kenering (ABA7023) yang diluluskan di bawah RP3, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) ini akan menyaksikan pembinaan bangunan sekolah baharu di bahagian belakang kawasan sekolah sedia ada pada kedudukan yang lebih tinggi bagi mengelakkan masalah banjir berulang.

Sekolah Kebangsaan Kenering yang terletak di Kampung Malau, Gerik telah menghadapi masalah banjir selama lebih 15 tahun, menyebabkan kerosakan harta benda serta gangguan terhadap proses pembelajaran yang melibatkan seramai 373 orang murid dan 34 orang guru dari beberapa buah kampung sekitar Mukim Kenering dalam Parlimen Lenggong.

Tinjauan tapak yang dilaksanakan pada hari ini bertujuan memastikan setiap aspek teknikal dan perancangan pembinaan diambil kira secara menyeluruh sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan, sekaligus menjamin penyelesaian kekal kepada masalah banjir yang melanda sekolah berkenaan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help