Meninjau Stor Simpanan Barangan Bantuan Sayangi Lenggong
January 23, 2021
Pagi ini saya meninjau stor simpanan barangan. Persiapan sedang dilakukan termasuk mendapat kebenaran MKN#Polis untuk menyerahkan bantuan kepada 9 ribu keluarga menerusi BANTUAN SAYANGI LENGGONG Parlimen Lenggong.
Barangan makanan yang merupakan keperluan harian ini sekali lagi disediakan untuk membantu rakyat di Kawasan Parlimen Lenggong.
Setiausaha Sulit ( SUS ) saya memberikan penerangan kaedah agihan yang akan dilakukan ketika PKP ini. Saya minta pastikan sampai pada penerima dan patuhi SOP PKP Covid 19.
#SayangiLenggong #gerik #lenggong #geopark