Meninjau Pusat Vaksin Di Dewan Merdeka Lenggong
Hari ini saya meninjau keadaan dan perjalanan Pusat Vaksin Covid 19 di Dewan Merdeka Lenggong. Dalam lawatan ini saya diberikan maklumat oleh Dr Hjh Noor Asmah Pegawai Kesihatan Hulu Perak, En Amzari Arzami Ketua Penolong Pegawai Daerah Lenggong, Tn Falihin Azmi Ketua RELA Lenggong, Dr Sathia a/p Kanawathy Pakar Perubatan Keluarga, En Mariapan a/l Kaliapan Penolong Pegawai Perubatan dan bersama juga ialah En Jazuli Ibrahim Penghulu Mukim Temelong.
Saya merakamkan penghargaan kepada Pejabat Kesihatan Hulu Perak , Pejabat Daerah dan Sukarela Muda yang telah menyelaras bagi memastikan rakyat di Lenggong memperolehi viksin dgn baik.. Beberapa keperluan lain, akan saya bantu bagi memastikan keselesaan penduduk.
Kekal patuhi SOP yang ditetapkan.
#teamDSAN #TNB #rumahtiang16 #SayangiLenggong #persatuankomunitipelancongan76lenggong #luat #gerik