Shamsul Nasarah Tinjau Projek Pembangunan Pelancongan Di Kg Air Jada Gerik

November 10, 2025

GERIK – Ahli Parlimen Lenggong, YB Shamsul Nasarah turun padang meninjau perkembangan Projek Pembangunan Pelancongan di Kampung Air Jada. Lawatan ini bertujuan memastikan projek yang sedang dilaksanakan berjalan lancar dan menepati jadual.

Projek pembangunan pelancongan di Kg Air Jada dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong ke kawasan Gerik, sekaligus membuka peluang pekerjaan baharu dan meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Selain itu, projek ini juga diharap dapat merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan melalui penglibatan komuniti dalam aktiviti keusahawanan, perkhidmatan pelancongan, dan produk tempatan.

YB Shamsul Nasarah turut berharap agar semua pihak, termasuk kontraktor dan masyarakat setempat dapat bekerjasama secara erat bagi memastikan projek ini siap mengikut jadual dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Beliau menegaskan bahawa pemantauan berterusan akan dilakukan agar setiap perancangan berjalan lancar dan sebarang isu dapat diselesaikan dengan segera.

Penduduk Kg Air Jada menyambut baik usaha ini dan berharap pembangunan pelancongan di kawasan mereka akan terus diperkasa demi kemajuan bersama.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help