Meninjau Projek Pembangunan Di Kg Rancangan Merah

January 13, 2024

Bersama Puan Norhasmaliana Bt Ismail – Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Perak, saya hari ini mengadakan lawatan dan meninjau projek pembangunan di Kampung Rancangan Merah Lenggong. Bersama ialah kepimpinan Kg Rancangan Merah pelbagai peringkat.

Sebelum ini saya telah meluluskan naik taraf semula Gelanggang Futsall, Dewan Kegiatan Wanita dan Surau Kg Rancangan Merah Lenggong.

Empangan Kenering adalah satu dari Geotapak Lenggong Geopark (SABAK EMPANGAN KENERING) ia sebahagian geotapak Lenggong Geopark yang mwnjadi tempat dalam perancangan untuk dibangunkan sebagai tempat pelancongan. Diantara yang menarik ialah kawasan ini adalah Destinasi Memancing yang popular.

Melihat potensi ini secara dasarnya bersama Kepimpinan Kg Rancangan Merah kita bersetuju membangunkan beberapa projek di kampung ini dengan membina beberapa kemudahan termasuk Rumah Tradisional Melayu, kelengkapan aktiviti memancing, Berkayak di tepian jambatan Kg Rancangan Merah untuk meningkatkan kegiatan ekonomi bagi masyarakat di sini dan menyertai sektor pelancongan melalui Lenggong Geopark & Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Saya minta agar Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Dan Daerah Hulu Perak membantu membuat cadangan pembangunan supaya pembangunan boleh dilaksanakan secaca tersusun dan membantu kegiatan ekonomi kampung.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help