Meninjau Perkembangan Projek Pembinaan Jalan Kg Beng Ke Kg Intan Suraya

July 15, 2026

LENGGONG – Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah pada hari ini melakukan lawatan meninjau perkembangan Projek Pembinaan Jalan dari Kampung Beng ke Kampung Intan Suraya, Sungai Siput.

Lawatan yang berlangsung pada jam 11.40 pagi tersebut dilakukan sebelum beliau kembali ke Kuala Lumpur bagi menunaikan tanggungjawab menjawab soalan di Kamar Khas Parlimen Malaysia pada jam 3.00 petang pada hari yang sama.

Dalam lawatan tersebut, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar meninjau beberapa perkara utama iaitu:

– Laluan susur ke Pondok Polis Kampung Beng, Lenggong yang terletak berhampiran jambatan pertama;
– Kawasan cadangan pembinaan kedai makan dan rehat; serta
– Cadangan tempat rehat dan tinjau di jambatan berhampiran Kampung Durau, Kampung Beng, Lenggong.

Menurut beliau, Fasa Satu projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2027, manakala Fasa II yang kini masih dalam pelaksanaan dijangka disiapkan pada tahun 2028.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar menyatakan keyakinan bahawa projek tersebut akan memberikan manfaat yang besar kepada penduduk setempat serta pengguna jalan raya apabila siap kelak.

Projek pembinaan jalan ini merupakan salah satu inisiatif pembangunan infrastruktur di kawasan Parlimen Lenggong yang bertujuan meningkatkan kemudahsampaian dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help